Berlalulah hari demi hari. Sayu nya hati ku ini.Tak ku sangka aku akan kesunyian. Walau pun aku bebas dan tidak terkurung,tp hati ini terseksa yang teramat sangat...Hidup seorang dri..Rindukan teman untuk bercakap dan bergurau..rindukan kekasih hati untuk menjadi peneman dikala sihat mahu pun sakit..tidak seorng pon yang memahami perasaan ini..Kadang kadang air mata yang jdi peneman dikala hati ini terasa benar benar rindukan kekasih hati.
Arghhh!!!!!begitu mencabar hidup inikan???mampukah diri ini bertahan??banyak persoalan yang bermain diminda.
Banyak juga suara suara jahat yang mengocak minda..
Ya,aku memng perempuan yang bahagia,tp batin ku terseksa..bukan ini yang ku harapkan. Aku bukan
tidak bersyukur Ya Allah. Aku amat bersyukur dengan semua pemberian Mu..Hanya pada Mu tempat ku mengadu,walaupun pahit yang kini menyiksa ku..aku rindukan kemanisan dulu.. Aku x mengingin harta yang berjuta,aku x inginkan pangkat yang tinggi,tp aku hanya ingin kan teman yang boleh untuk aku bergantung harap.Teman yang yang sentiasa ada disisi di saat aku amat memerlukannya..
Salahkah aku jika aku ingin disayangi dan dihargai macam orng lain??
Berdosakah aku jika aku mendambakan hidup disamping mu setiap masa??aku sudah cukup puas jika dapat hidup disamping mu..Aku hanya ingin hidup disisi mu..sentiasa dekat dengan dirimu..tapi sentiasa ada yang menjadi penghalang..kau begitu sempurna dimata ku...tiada cacat celanya kau dimata ku..Aku amat bersyukur sebab kau yang Allah pilih untuk hidup disisi aku..
Aku sunyi wahai kekasih hatiku.Kau x tahu betapa menderita nya aku dengan keadaan sekarang.Keadaan yang aku sendiri terpksa lalui nya.
.kau kata kau sayang aku,tapi kenapa biarkan aku keseorangan?kenapa sanggup biarkan aku kesunyian?aku sudah tidak sanggup nak menghadapinya..Wahai kekasih hati ku,lelaki yang Allah telah amanahkan aku kepada mu,ketahuilah aku teramat sunyi..Sunyi tampa kehadiran mu disisi..aku mendambakan hidup bersama mu dikala susah mahupun senang..Harap kau mengerti wahai kekasih hatiku...
Aku hanya mampu mencoretkan apa yang aku rasa..mungkin dengan cara ini akan membuatkan hidup aku sedikit terisi..
No comments:
Post a Comment